Kedai jual bahan Al-Quran mengandungi kesilapan didenda

LocalPolitics
13 Jun 2025 • 11:55 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Familia Superstore Sdn Bhd didenda RM6,000 atau penjara setahun jika gagal membayar denda kerana menjual bahan Al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak mematuhi piawaian ditetapkan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Qur’an (LPPPQ).

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat terbabit selepas Pengurusnya Abdul Malik Abdul Manap mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadap syarikat itu.

Pertuduhan menyatakan bahawa syarikat itu menawarkan untuk menjual bingkai ayat al-Quran hiasan yang didapati mengandungi kesilapan teks di premis syarikat itu di One Borneo Hypermall, di sini pada 25 Mac lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Tindakan itu melanggar Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan P) 2023 (Akta 326), yang melarang penjualan bahan Al-Quran yang mengandungi kesalahan atau menyimpang daripada kaedah penulisan yang diluluskan secara rasmi.

Di bawah seksyen itu, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Abdul Malik merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia tidak mengetahui bahawa terdapat keperluan untuk mengesahkan ketepatan bahan Al-Quran sebelum ditawarkan untuk dijual.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Mechellister Saimon dari Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri cawangan Sabah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan bahawa kejahilan terhadap undang-undang bukanlah alasan yang sah, terutamanya apabila membabitkan kesucian ayat-ayat Al-Quran.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri Sabah menegaskan komitmennya untuk mempertingkat usaha pemantauan dan penguatkuasaan bagi menghalang penyebaran serta penjualan teks dan bahan Al-Quran yang tidak tepat atau tidak berlesen.

View Original Article