Kedai Mamak Tidak Akan Jual Rokok Bermula Tahun Hadapan – PRESMA

LocalHealth & Fitness
6 Nov 2024 • 11:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bermula tahun depan, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) akan menghentikan penjualan rokok di semua premis mereka.

Menurut Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat agung tahunan persatuan tersebut yang diadakan baru-baru ini.

Katanya, keputusan itu selaras dengan seruan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan merokok di premis makanan.

Kami percaya ini adalah langkah yang betul untuk menyokong cadangan kementerian. Kami ingin bekerjasama dengan kementerian untuk menghentikan penjualan rokok di semua restoran ahli kami.

image is not available

Langkah itu juga diharapkan akan dapat meningkatkan kesedaran tentang kesan merokok dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya, kira-kira 50 peratus pengusaha restoran di bawah PRESMA telah pun menghentikan penjualan rokok di restoran mereka.

Persatuan melihat perkara ini sebagai langkah ke arah kesihatan dan kebersihan yang lebih baik.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 years ago

"Screen Time Adegan Merokok Keterlaluan" - Drama Projek: High Council Ditegur Public Health Malaysia