Kedai Runcit Di Melaka Kantoi Sorok Minyak Masak Paket & Gula Lepas Kena Serbu KPDN [Video]

8 Dec 2023 • 3:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sekitar bulan September yang lalu, kecoh di media sosial mengenai dakwaan bahawa bekalan makanan utama antaranya seperti minyak masak paket dan gula sukar didapati di pasaran.

Pada ketika itu, rata-rata pengguna mengeluh kerana bekalan minyak masak paket yang kurang serta hanya gula premium sahaja yang terjual di kebanyakan kedai.

Namun, isu tersebut dilihat semakin pulih setelah pihak berkuasa mengambil langkah yang sepatutnya bagi menangani masalah tersebut.

Peniaga Kedai Runcit Kantoi Sorok Minyak Masak Paket & Gula

Walaupun bekalan minyak masak paket dan gula dilihat semakin pulih, masih ada lagi peruncit atau peniaga yang mengambil kesempatan dengan menyorokkan kedua-dua barang kawalan tersebut.

Perkara itu didedahkan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Melaka.

Pada awal video berkenaan, beberapa orang pegawai dari KPDN melakukan operasi dengan menyamar sebagai pelanggan yang mahu membeli gula dan minyak masak paket.

Apa yang mengejutkan adalah respon spontan peruncit dalam video berkenaan yang mendakwa tiada stok bagi kedua-dua barang tersebut. Malah, hanya gula premium sahaja yang dijual berbanding gula bersubsidi.

Namun, hasil siasatan KPDN di premis perniagaan tersebut menunjukkan bekalan gula bersubsidi disorok di belakang bahagian kedai serta sebahagian lagi di bawah kaunter.

Guna Alasan Kononya Gula Rosak & Untuk Pelanggan Restoran

Namun, ketika ditanya berkenaan stok gula yang disimpan di belakang bahagian kedai dan kaunter hadapan, pekerja kedai tersebut mendakwa stok gula yang disimpan adalah untuk pelanggan dari restoran.

Malah, pekerja itu juga mendakwa sebahagian gula tersebut telah mengalami kerosakan.

Kantoi Order Bekalan Minyak Masak Paket Baharu Walau Masih Ada Stok Yang Tidak Dijual

Keadaan dilihat menjadi semakin serius apabila pegawai KPDN mendapati premis berkenaan memesan bekalan minyak masak paket walaupun minyak masak itu tidak habis dijual di kedai berkenaan.

“Engkau semalam cakap sampai tiga kotak, dekat belakang aku jumpa tujuh kotak, maksudnya yang lama tu belum habis jual engkau dah order baru?

“Kau biar betul, sebulan kau. Kau tak jual ke minyak ni? Dekat sini tiada orang beli minyak ke?” kata pegawai tersebut kepada pekerja kedai runcit tersebut.

Menerusi serbuan di premis yang kedua yang dipercayai dimiliki oleh warga asing turut mendapati kedai berkenaan juga menyorok bekalan minyak masak selepas pekerja tertangkap menipu pegawai KPDN yang bertanyakan bekalan barang tersebut.

Menerusi video yang telah mendapat tontonan hampir 3.6 juta itu, KPDN bertindak merampas barang yang disimpan dan peruncit berkenaan turut di denda di bawah Akta Bekalan Kawalan 1961.

@kpdnmelaka

Orang menggelupoo carik minyak carik gula, kau boleh sorok ek?!!!

♬ original sound – KPDN Melaka – KPDN Melaka

Undang Reaksi Positif Dari Warganet

Video tersebut nyata mengundang reaksi positif dari warganet. Rata-rata memuji tindakan dan ketegasan pegawai KPDN dalam menangani isu tersebut.

Malah, ada juga yang turut menyarankan agar KPDN dari negeri-negeri lain melakukan tindakan yang sama dengan memantau peruncit yang gemar menyorokkan bekalan minyak masak dan gula.

Berikut antara komen warganet:

Bagus! Respect Penguatkuasa Macam Ni,Harap Semua Negeri Macam KPDN Melaka

image is not available

Buat Dekat KL & Selangor La, Minyak Paket Jual Dekat Bangla, Indon, Vietnam & Myanmar

image is not available

Sebenarnya, Yang Naik Atau Main Harga Adalah Peniaga, Bukan Kerajaan

image is not available

Terbaik La! Kerja Untuk Rakyat

image is not available

Terbaiklah Kalau Semua KPDN Seluruh Negeri Malaysia Macam Ni

image is not available

Source: