‘Kedey Ikan Fresh Rizqia’ Di Kuching Ini Jual Bahan Basah Segar Siap Potong Dan Dibersihkan

23 Feb 2023 • 3:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang memudahkanlah idea ini!

Kedey Ikan Fresh Rizqia’ Di Kuching Ini Jual Bahan Basah Segar Siap Potong Dan Dibersihkan. Jika anda gemar memasak, anda pasti akan suka artikel ini! Tahukah anda di Kuching terdapat sebuah kedai yang menjual bahan basah fresh yang sudah dibersihkan serta diletakkan di dalam bekas plastik.

Perkongsian seorang wanita di Facebook baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai apabila dia memuji Kedey Ikan Rizqia di Kuching yang menawarkan servis memotong serta membersihkan sekali bahan basah jualan mereka seperti ikan, ayam dan juga daging.

image is not available
‘Kedey Ikan Fresh Rizqia’ Di Kuching Ini Jual Bahan Basah Segar Siap Potong Dan Dibersihkan. Gambar tangkap layar dari Facebook Hasni Julaihi

Bungkusan bahan basah yang convenient

Bahan basah yang ditawarkan ini kemudiannya diletakkan di dalam bungkusan yang mudah buat orang ramai iaitu di dalam kontainer plastik. Antara bahan basah yang ditawarkan di sini termasuk ayam, pelbagai jenis ikan, daging dan juga kambing.

Menurut perkongsian wanita tersebut, perkara ini bukan sahaja telah menjimatkan masanya, malah ia juga amat memudahkan terutama buat golongan wanita berkerjaya dan juga suri rumah yang mempunyai anak.

image is not available
Sumber foto: Hasni Julaihi

image is not available
Sumber foto: FB Noor Haslinda Adan

Harga bahan basah yang berpatutan

Menawarkan harga yang berpatutan, anda boleh pilih bahan basah yang anda inginkan kemudian letak sahaja di dalam peti ais. Lebih mudah dan anda tak perlu penat memotong serta membersihkan ikan, ayam, dan daging anda.

Jadi tunggu apa agi, buat anda yang bosan asyik makan luar tapi malas nak bersihkan ikan di dalam peti ais anda, anda boleh beli makanan basah di Kedey Ikan Fresh Rizqia’ ini!

Nak masak tapi tak tahu apa, anda perlu cuba resepi ini: