
Seorang cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mengalami kerugian besar selepas rumahnya di Bukit Ledang, Kuala Lumpur dipecah masuk.
Kejadian yang berlaku kelmarin itu hanya disedari sekitar jam 3 petang apabila pembantu rumah mangsa menghubungi untuk memaklumkan bahawa pagar belakang telah dipotong dan bilik utama diceroboh.
Menurut sumber, mangsa segera memeriksa kediamannya dan mendapati terdapat kesan pecah masuk di dalam bilik. Beberapa barangan peribadi turut didapati hilang selepas pemeriksaan dilakukan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan mengesahkan kejadian dan menyatakan bahawa anggaran kerugian mencecah RM1.8 juta, merangkumi kehilangan pelbagai barang kemas.
“Suspek setakat ini masih belum dikenal pasti,” jelas beliau sambil menambah bahawa siasatan sedang giat dijalankan termasuk menyemak rakaman CCTV di lokasi kejadian bagi mengenal pasti individu terlibat.
Pelajar Jatuh Tingkat 3 Asrama, Keluarga Tak Puas Hati Layanan Pihak Sekolah Dan Polis - "Anak Kami Bukan Anak Kucing!"
The post Kediaman Cucu Tun M Dirompak, Kerugian Capai RM1.8 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


