Kediaman Sheikh Hasina Dilapor Jadi Sasaran Rompakan, Kemarahan Rakyat Bangladesh

LocalPolitics
7 Aug 2024 • 2:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kediaman bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menjadi sasaran rompakan dan kemuncak kemarahan penduduk di negara tersebut.

Menurut laporan The New York Times, orang ramai dilaporkan memanjat pintu pagar, merosak dan mencuri barangan dan makanan di kediaman itu.

image is not available

Foto: X Ayesha.

Malah, pakaian Hasina turut menjadi sasaran rompakan dan dijadikan ‘tayangan umum’ oleh sesetengah penduduk Bangladesh.

Ternakan di kediaman itu juga dibawa lari termasuklah ayam, itik dan arnab dan terdapat beberapa orang dilihat bergambar dengan haiwan berkenaan.

Peletakan jawatan Hasina pada Isnin lalu disifatkan sebagai satu perayaan bagi rakyat Bangladesh yang meraikan keputusan berkenaan.

image is not available

Foto: X Ayesha.

Hasina, 76, meninggalkan Dhaka dengan menaiki helikopter tentera selepas meletak jawatan berikutan berlaku protes anti-kerajaan yang belum pernah berlaku di Bangladesh sebelum ini.

Ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-Uz-Zaman turut mengesahkan perletakan jawatan tersebut dan berkata kerajaan sementara akan dibentuk di bawah kendaliannya.

Sebelum ini, berlaku protes antara mahasiswa yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang hanya akan melantik pegawai daripada waris pejuang sahaja.

image is not available

Foto: X Ayesha.

Rakyat di negara itu juga menentang peningkatan autoritarianisme Hasina selepas 15 tahun berkuasa sehingga memaksa beliau digulingkan dari kerajaannya.

Hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam rusuhan besar-besaran tersebut.