Kediaman warga asing sekitar Jalan Changkat diserbu

LocalPolitics
7 Nov 2024 • 10:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 27 unit kediaman yang melakukan sekatan dalaman untuk dijadikan bilik dikenakan tindakan roboh serta-merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Foto DBKL

image is not available
Operasi bersepadu terhadap warga asing itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan PDRM. Foto DBKL

image is not available
Seramai 64 warga asing ditahan hasil daripada serbuan terhadap unit kediaman di sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini. Foto DBKL

KUALA LUMPUR - Seramai 64 warga asing ditahan hasil serbuan dijalankan di unit kediaman sekitar Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), operasi bersepadu terhadap warga asing itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen serta Polis Diraja Malaysia.

Katanya, sebanyak 27 unit kediaman yang melakukan sekatan dalaman untuk dijadikan bilik dikenakan tindakan roboh serta-merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan.

"Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.