Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

3 May 2024 • 6:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) pada tahun ini, kedudukan Malaysia dilaporkan telah merudum.

Malaysia kini berada di tangga ke-107 pada tahun ini berbanding kedudukan ke-73 pada tahun 2023 dan sekaligus kehilangan takhta sebagai negara ASEAN yang mempunyai indeks kebebasan media terbaik kepada Thailand.

Prestasi yang semakin menurun itu mencatatkan penilaian Malaysia yang semakin jatuh kepada 52.07 mata berbanding 62.83 mata.

Kedudukan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 bagi negara-negara ASEAN adalah seperti berikut:

  • Thailand (tangga ke-87)
  • Malaysia (tangga ke-107)
  • Brunei (tangga ke-117)
  • Singapura (tangga ke-126)
  • Filipina (tangga ke-134)
  • Kemboja (tangga ke-151)
  • Laos (tangga ke-153)
  • Myanmar (tangga ke-171)
  • Vietnam (tangga ke-174)


Faktor Penurunan Kedudukan Indeks Kebebasan Media Di Malaysia

RSF turut mengeluarkan analisis bahawa antara faktor penurunan kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media adalah disebabkan tindakan kerajaan yang menyekat perkongsian berhubung kritikan kepada kerajaan dan juga sensitiviti terhadap kaum, agama serta raja.

image is not available
Sumber: Pexels

“Pihak berkuasa memberi tekanan kepada wartawan penyiasatan, dan monarki adalah subjek yang sangat sensitif, begitu juga perbincangan mengenai kaum dan agama.

“Sebarang bentuk ulasan atau pelaporan yang dianggap kritikal terhadap monarki boleh mengakibatkan pendakwaan yang membawa kepada kawalan tapisan sendiri yang meluas mengenai perkara itu,” ulas RSF.

Menerusi data yang dipengerusikan, pencapaian terbaik Malaysia adalah dari sudut sekuriti iaitu di tangga ke-67. Namun, kedudukan ini merosot sebanyak 29 anak tangga berbanding tahun 2023 (ke-38).

image is not available
Sumber: RSF

Sebagai info, Indeks Kebebasan Media Dunia akan diterbitkan oleh badan antarabangsa pada 3 Mei setiap tahun.


Takrifan Tentang Kebebasan Media

Memetik Sinar Harian, RSF mentakrifkan kebebasan media sebagai kemampuan wartawan secara individu atau organisasi untuk menyebarkan berita bersifat berkepentingan awam tanpa melibatkan campur tangan isu politik, ekonomi, perundangan dan sosial.

Kebiasaannya penilaian indeks kebebasan media ini dinilai dalam tempoh Januari sehingga Disember pada tahun sebelum laporan dikeluarkan untuk tahun tersebut.

Source: