Kedudukan Mohd Shuhaily diserahkan kepada KSN, KSU - Saifuddin

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kedudukan Mohd Shuhaily diserahkan kepada KSN, KSU - Saifuddin
Saifuddin (dua dari kanan) pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Pendaftaran Negara di Kampung Melayu Sedenak, Kulai.

KULAI – Kedudukan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain diserahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu tertakluk kepada peraturan pentadbiran awam yang ditetapkan.

“Hal itu sedang diuruskan antara Ketua Setiausaha saya dan Ketua Setiausaha Negara.

“Sebab pentadbiran awam mempunyai peraturan untuk menguruskan keadaan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) ke-78 serta peluncuran Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2026 di Kampung Melayu Sedenak, di sini, pada Sabtu.

Pada Rabu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, Faiz Saman dan Ekmal Sofwan Dirman, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved