
Rakyat Indonesia yang tinggal secara haram di Malaysia diseru agar segera mengambil peluang menyertai Program Repatriasi Migran 2.0 yang bermula hari ini.
Program ini khusus untuk mereka yang tiada dokumen sah dan mahu kembali ke tanah air secara sukarela.
Kedutaan Indonesia seru rakyat ambil peluang balik kampung…

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, peluang ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh warganya yang berstatus PATI agar mereka tidak terus berhadapan risiko undang-undang.
Saya harap, teman-teman yang selama ini ‘kosong’ (ilegal), (menjadi) PATI (pendatang asing tanpa izin) di Malaysia, betul-betul dapat memanfaatkan program ini secepat mungkin.- Katanya.
Beliau turut mengingatkan warga Indonesia agar sentiasa mematuhi peraturan imigresen negara yang mereka diami bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.
Repatriasi Migran 2.0 bermula 19 Mei hingga 30 Mei 2026…
Program Repatriasi Migran 2.0 akan berlangsung dari 19 Mei 2025 hingga 30 Mei 2026 melibatkan kawasan Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Namun ia tidak terpakai kepada PATI yang pernah mendaftar program sama tahun lalu tetapi gagal meninggalkan negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PATI yang menyertai program ini akan dikenakan denda RM500 jika masuk dan tinggal di Malaysia tanpa dokumen sah atau tinggal melebihi tempoh visa.
Mereka yang hanya melanggar syarat dokumen imigresen pula akan dikenakan denda RM300.
Pssttt! Buat semua warga asing khususnya rakyat Indonesia, ambillah peluang program ini sebelum terlambat. Tinggal tanpa dokumen sah bukan saja membahayakan diri sendiri, malah boleh menjejaskan peluang masa depan. Patuhilah undang-undang negara tempat anda mencari rezeki agar hidup lebih tenang dan selamat.
Kredit: Kedutaan Indonesia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.

