Kedutaan Minta Rakyat Malaysia Tidak Keluar Rumah, Tangguh Perjalanan

28 Feb 2026 • 8:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Doha telah memaklumkan bahawa berlaku serangan di Qatar, dan menggesa semua rakyat Malaysia agar tidak keluar rumah atau bangunan kecuali jika benar-benar perlu.

Kedutaan dalam satu kenyataan hari ini, menyeru rakyat Malaysia berhati-hati dan terus mengikuti perkembangan semasa melalui sumber-sumber sahih.

“Bagi mereka yang akan melakukan perjalanan, sila tangguhkan dahulu perjalanan dan semak jadual penerbangan terkini bagi mengelak sebarang kesulitan,”menurut kenyataan.

image is not available

Kedutaan Minta Rakyat Malaysia Tidak Keluar Rumah

Tambah kedutaan, pihaknya sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Qatar, dan maklumat lanjut akan diumumkan sebaik sahaja tersedia.

image is not available

Artikel lain: Risiko Ruang Udara, MH160 & MH156 Berpatah Balik Demi Keselamatan Penumpang

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan melalui talion 24 jam di 974-3374 6733 atau melalui emel mwdoha@kln.gov.my.image is not available

Orang ramai juga dinasihatkan untuk terus mengikuti maklumat rasmi daripada Kedutaan Malaysia dan media sahih bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Sumber: FB Malaysian Embassy Doha

The post Kedutaan Minta Rakyat Malaysia Tidak Keluar Rumah, Tangguh Perjalanan appeared first on Borak Daily.