Keganasan Rumah Tangga, Rizky Billar Digam Dari Stesen TV

Entertainment
5 Oct 2022 • 2:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hangat dengan insiden keganasan rumah tangga, penyanyi dan juga model dari Indonesia, Rizky Billar telah disenarai hitam daripada muncul di semua stesen TV Indonesia.

Suami kepada Lesti Kejora itu juga dikhabarkan telah digugurkan daripada Indosiar dan tidak lagi menjadi pengacara bagi Dangdut Academy (DA) 5.

Dipecat atas kesalahan keganasan rumah tangga

Pengacara Dangdut Academy 5 ketika yang terdiri daripada Ruben Onsu, Irfan Hakim, Gilang Dirga bersama yang lain menyatakan bahawa penyanyi Indonesia itu tidak lagi akan bekerjasama dengan mereka.

Sekali lagi saya tegaskan menolak terhadap segala bentuk kekerasan dalam rumah tangga

Indosiar menjawab pertanyaan netizen. Dengan ini kami umumkan mulai malam ini Rizky Billar tidak lagi menjadi host Dangdut Academy 5

Tindakan ini dilakukan demi menyambut seruan daripada Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) untuk tidak memberi peluang kepada setiap perlaku jenayah rumah tangga.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.