Kegendalaan TNB 2022: DBKL lapor lampu isyarat tak beroperasi

27 Jul 2022 • 3:22 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengutuskan di laman Facebook mereka tentang insiden kegendalan tenaga elektrik yang sedang berlaku. Menurut PBT itu, terdapat lampu isyarat di sekitar KL tidak berfungsi ataupun mengalami gangguan.

Pihaknya sudahpun menghantar warden-warden trafik bagi tujuan mengawal lalu lintas. Dalam masa yang sama, DBKL mengingatkan warga kota supaya berhati-hati sewaktu menggunakan jalan raya.

Selain daripada lampu isyarat, DBKL juga memaklumkan yang capaian ke laman web mereka mungkin mengalami gangguan.

Buat yang terlepas berita, dilaporkan yang berlakunya gangguan bekalan elektrik besar-besaran di sebahagian besar Semenanjung Malaysia. Maklumat awal daripada YB Fahmi Fadzil adalah terdapat masalah di salah satu substesen TNB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved