
PUTRAJAYA: Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97% setakat ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) masih dalam proses mengemas kini memandangkan terdapat kira-kira 10,000 calon belum mengesahkan kehadiran.
Advertisement“Kita (KPM) harap kehadiran ini dapat dipertingkatkan,” katanya pada sidang media pengoperasian peperiksaan SPM 2024 di sini hari ini.
Fadhlina berkata terdapat calon berkeperluan khas di setiap negeri yang turut menduduki SPM termasuk dua calon berusia 63 tahun di Negeri Sembilan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan, Ketua Setiausaha KPM Datuk Ruji Ubi serta pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah turun ke lapangan untuk memastikan kesiapsiagaan serta menjaga kebajikan calon termasuk yang menduduki peperiksaan di hospital dan pusat tahanan.
Fadhlina berkata KPM sedia mengaktifkan Op Payung sekiranya berlaku bencana banjir bagi membantu calon dan petugas peperiksaan yang terkesan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata calon akan ditempatkan di asrama sekolah atau pusat pemindahan sementara dan bantuan logistik akan disalurkan kepada calon dan petugas peperiksaan untuk bergerak ke pusat peperiksaan.
“Enam negeri dikenal pasti berisiko banjir ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Fadhlina berkata sebanyak 5,780 petugas peperiksaan dalam kalangan sukarelawan telah dilantik untuk membantu sepanjang tempoh peperiksaan SPM 2024.
Beliau berkata KPM mengambil perhatian penuh tentang persiapan dan pelantikan sukarelawan yang juga terdiri daripada pesara guru bagi mengelak kejadian kebocoran kertas peperiksaan.
Pelantikan sukarelawan, katanya mencapai hasrat KPM dengan sekurang-kurangnya 20% di setiap negeri.
Peperiksaan bertulis SPM 2024 bermula hari ini dan berakhir pada 6 Feb dengan 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu.

