Kehadiran Kapal Tentera Laut Asing Di EEZ Malaysia, Wisma Putra Ambil Maklum

LocalPolitics
10 Sep 2024 • 10:04 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Luar mengambil maklum laporan berkaitan kehadiran kapal tentera laut asing di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) berhampiran pelantar minyak di Sarawak.

image is not available

Foto hiasan: PETRONAS

Menurut laporan Berita Harian, pihak kementerian maklum terhadap laporan itu namun tidak dapat mengulas kesahihan dan butiran terperinci pergerakan kapal tentera laut asing tersebut kerana perkara ini berada di bawah pihak berkuasa pertahanan dan operasi keselamatan.

“Namun begitu, pendirian Malaysia terhadap Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kawasan maritim negara seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979,” kata kementerian dalam kenyataan, semalam.

Pendirian itu selari dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

image is not available

Foto hiasan: iNews

“Selari dengan dedikasi negara mengekalkan Laut China Selatan sebagai wilayah keamanan, kestabilan dan perdagangan, Malaysia akan terus terbabit secara diplomatik dengan semua negara yang berkaitan.

“Kerajaan juga kekal komited untuk menyelesaikan pertikaian melalui cara aman dan mematuhi prinsip yang digariskan dalam Deklarasi Perilaku Pihak di Laut China Selatan (DOC) yang menekankan kepentingan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Mahani Ishak)