Bukan lagi rahsia apabila Oppo kini mengesahkan kehadiran Find N3 Flip untuk pasaran Malaysia. Laman pengiklanan rasmi juga telah mula diterbitkan, pada masa sama Oppo juga telah membuka laman pendaftaran minat buat mereka yang mahu memiliki peranti tersebut.

Merujuk laman web rasmi pra-pesanan boleh dibuat dengan meletakkan deposit RM100, dan menariknya apabila rebat sebanyak RM200 akan diberikan untuk tempoh pra-pesanan sehingga 27 Oktober 2023. Promosi bagaimana terhad menerusi pembelian secara luar talian di kedai terpilih yang tidak termasuk semua syarikat telekomunikasi, SenHeng dan SenQ.

Tiada spesifikasi didedahkan tetapi sekiranya ia adalah peranti yang sama seperti di China. Maka ia boleh dilengkapi dengan tri-kamera Hasselblad, cip Dimensity 9200, bateri 4,403mAh, pengecasan 44W dan skrin dalam OLED 6.8-inci 120Hz bersama skrin sekunder 3.26-inci.

