Kehadiran Peranti Boleh Pakai Baharu Garmin Di Malaysia Mula Diacah

TechnologyDigital
29 Mar 2023 • 3:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sehingga kini pengguna di Malaysia telah disajikan dengan pelbagai pilihan peranti boleh pakai daripada Garmin. Kini ia bakal menerima kemaskini baharu tidak lama lagi. Maklumat khusus mengenai produk juga tidak didedahkan secara khusus. Namun setakat ini Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965 merupakan produk paling terkini mereka yang baru sahaja dilancarkan pada awal Mac lalu.

image is not available

Adakah terdapat kemungkinan untuk model berkenaan ditawarkan untuk pasaran tempatan kelak? Gambaran jam tangan yang dipertontonkan menerusi video promosi rasmi pendek sama ada di Facebook atau Instagram turut menunjukkan persamaan dengannya. Sama-sama kita nantikan bagi melihat apa sebenarnya yang disediakan oleh Garmin pada kali ini. Kami di Amanz juga akan menyediakan kemaskini selanjutnya menerusi artikel akan datang.