Kehadiran PH Ke Johor Bukan 'Cari Gaduh', Tawar Dasar Baik Kepada Rakyat - Anwar

LocalPolitics
4 Jul 2026 • 6:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kehadiran PH Ke Johor Bukan 'Cari Gaduh', Tawar Dasar Baik Kepada Rakyat - Anwar

Kehadiran PH Ke Johor Bukan 'Cari Gaduh', Tawar Dasar Baik Kepada Rakyat - Anwar

KULAI, 4 Julai (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kehadiran pimpinan tertinggi gabungan politik itu di Johor bukan untuk “mencari gaduh” sebaliknya membawa tawaran dasar yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri berkenaan.

“Ini election (Pilihan Raya Negeri) Johor cara kita mahu tolong (rakyat)... apa (Kerajaan Negeri) Johor tak bantu? Ada... menang atau kalah di sini, saya tetap Perdana Menteri,” katanya dalam ucapan pada majlis Kita Genk MADANI Johor di sini hari ini.

Beliau berkata Johor sehingga kini bukan sahaja menjadi negeri yang menerima antara peruntukan tertinggi daripada Kerajaan Persekutuan malah banyak projek besar telah dilaksanakan demi memberi limpahan manfaat kepada rakyatnya seperti Sistem Transit Rapid dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

Baca juga:

Anwar turut menyeru semua warga Johor termasuk yang berada di perantauan seperti di Kuala Lumpur dan Singapura untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang berlangsung 11 Julai ini.

“Kalau kita tidak tunai tanggungjawab mengundi ini, orang yang kita tak sokong menang nanti kita yang rugi... undi ini bukan berlaku selalu, ini masa hadapan anda semua,” katanya.

Pada pilihan raya kali ini, PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved