Kehadiran Poco M6 Pro 5G Diacah Secara Rasmi

TechnologyDigital
1 Aug 2023 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco dilihat dalam persediaan hadir dengan kemaskini baharu untuk peranti di bawah siri M, yang dikenali sebagai Poco M6 Pro. Hal ini boleh dilihat dengan jelas menerusi ciapan terkini Ketua Poco India, Himanshu Tandon, namun mengambil pendekatan merahsiakan tarikh pelancaran khusus buat masa ini.

Namun apa yang penting peranti disahkan hadir dengan rangkaian 5G terbina. Ia bagaimanapun bukan suatu penawaran yang baharu memandangkan terdapat juga peranti di bawah siri ini yang juga dimuatkan dengan 5G terbina. Dalam pada itu penggunaan bonggol kamera besar juga masih dikekalkan pada generasi baharu ini.

Seperti biasa sama-sama kita nantikan kemas kini lebih lanjut daripada pihak Poco berhubung perkara ini dari masa ke semasa.