Kehadiran ramai pemimpin GCC dan China, PDRM pertingkat kawalan – Fahmi

LocalPolitics
22 May 2025 • 2:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kuala Lumpur bakal menjadi tumpuan antarabangsa minggu ini sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut laporan Buletin TV3, kehadiran ramai pemimpin dari negara-negara Majlis Kerjasama Tekuk (GCC) dan China menjadikan aspek keselamatan sebagai keutamaan, khususnya dikawasan sekitar ibu negara.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa kawalan keslamatan yang lebih ketat perlu dilaksanakan memandangkan kehadiran delegasi berprofil tinggi ini.

Justeru, beberapa laluan utama di Kuala Lumpur ditutup oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan semua pihak terlibat.

Selain itu, sebanyak 71 buah sekolah di sekitar kawasan penglibatan dibenarkan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi mengurangkan kesesakan serta risiko keselamatan.

image is not available

“Memang ada keluhan daripada ibu bapa berkenaan perubahan ini. Namun, saya menyeru agar pihak majikan, khususnya dari sektor swasta, turut memainkan peranan dengan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah,” katanya.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyarankan supaya syarikat swasta memberi fleksibiliti kepada pekerja mereka memandangkan situasi ini memerlukan kerjasama menyeluruh dari semua pihak.

Fahmi turut menekankan bahawa penganjuran kali ini membawa dimensi baharu berbanding edisi terdahulu, memandangkan keterlibatan lebih aktif negara-negara GCC dalam kerjasama serantau.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Ini bukan peluang yang datang selalu. Sekretariat (Sidang Kemuncak ASEAN) dan Kementerian Luar tidak mudah untuk meyakinkan pemimpin negara ini (GCC dan China), selain usaha kita (sebagai Pengerusi Asean untuk mengukuhkan hubungan negara anggota,” ujarnya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 menghimpunkan pemimpin dari kesemua 10 negara anggota blok itu, bagi membincangkan isu serantau, memperkukuh kerjasama ekonomi, serta memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan dalam pembangunan rantau ini.

Sumber: Buletin TV3