Kehadiran Vivo Y78 Untuk Pasaran Malaysia Diacah Secara Rasmi

TechnologyDigital
24 Jul 2023 • 10:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini baharu Vivo di media sosial rasmi hari ni dilihat mula mengacah penawaran peranti baharu. Dikenali sebagai Vivo Y78, ia diiklankan hadir dengan reka bentuk serba moden, di samping prestasi yang memadai digunakan untuk kerja harian. Hal ini adalah memandangkan kebanyakan peranti di bawah siri ini kebiasaannya lebih bersesuaian untuk kegunaan harian biasa.

image is not available

Tiada maklumat mengenai perkakasan dalaman yang dikongsi buat masa ini. Namun sekiranya sama dengan variasi di Singapura, cip Snapdragon 695 mungkini digunakan pada peranti ini. Kemudian ia juga akan dilengkapi skrin AMOLED 120Hz, tri-kamera utama 64MP OIS + 2MP + 2MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 5000mAh.

image is not available

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai peranti baharu ini, sama-sama kita nantikan kemaskini daripada Vivo dari masa ke semasa.