
Kemaskini baharu daripada Xiaomi telah mengesahkan kehadiran rasmi varian Ultra dalam siri 17. Model ini dijangka menjadi versi paling premium dalam barisan tersebut dengan penawaran perkakasan lebih berkuasa serta ciri yang lebih canggih.

Peranti tersebut turut disahkan akan dilancarkan pada bulan ini walaupun tarikh khusus masih belum diumumkan. Namun, sistem kamera Xiaomi 17 Ultra akan hadir dengan teknologi Leica serta lensa yang telah dinaik-taraf. Lebih istimewa, ia menawarkan sistem optik generasi baharu bersama lensa telefoto yang diperakui Leica APO yang menjadikannya antara terawal digunakan dalam pengimejan mudah alih.

Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan hasil imej telefoto malah turut membawa peningkatan besar terhadap prestasi kualiti imej khususnya dalam penggambaran pemandangan malam. Keupayaan optik baharu ini akan membuat penampilan sulung melalui model Xiaomi 17 Ultra.


