“Kehidupan Saya Berubah” – Yeonjun & Taehyun TXT Jawab Mesej Terakhir Dari Peminat Di Palestin

Music
1 Nov 2023 • 10:54 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dua ahli TXT iaitu Yeon-jun dan Tae-hyun telah membalas satu mesej yang bermakna melalui platform Weverse.

Pada bulan lalu, terdapat banyak media yang telah membuat liputan mengenai krisis Israel-Palestin dan ianya telah membuatkan ramai yang mula menyedari akan konflik yang sedang berlaku di semenanjung Gaza tersebut.

Pada 29 Oktober, MOA (kelab peminat TXT) telah meninggalkan hantaran buat Tae-hyun dan mengatakan bahawa mesej tersebut adalah dari ‘rakan malaikat dari Palestin’ bernama Tia yang juga merupakan peminat kepada penyanyi tersebut.

Katanya,

Semua! saya harap awak semua boleh baca mesej yang ditinggalkan oleh rakan kita dari Palestin ini! Tia sangat sayang dekat Tae-hyun, jadi saya tolong dia untuk sampaikan mesej terakhirnya ini.

Selepas hantaran itu dibuat, Yeon-jun merupakan ahli pertama yang menyedari akan mesej tersebut sebelum meninggalkan komen yang menyuruh Tae-hyun untuk membaca hantaran tersebut.

image is not available

Berikutan komen dari Yeon-jun, Tae-hyun bukan sahaja menyukai hantaran asal tersebut, malah dia juga turut menyukai hantaran lain yang berkaitan dengan mesej yang ditinggalkan oleh Tia tersebut.

Dalam masa yang sama, ada segelintir peminat yang membuat spekulasi bahawa Tia sudah meninggal dunia selepas kediamannya dibom di Palestin.

Semoga Tia dapat berehat dengan aman di alam sana.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.