Kehilangan Anak Enam Bulan Lalu, Tamara Tyasmara Selar Komen Netizen Pada Video Menari

Entertainment
19 Jul 2024 • 4:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selebriti Indonesia, Tamara Tyasmara menyelar komen negatif netizen selepas dikatakan lebih aktif menghasilkan konten selain sudah mula berlakon semula walaupun baru kehilangan anak lelakinya, Raden Andante Khalif Pramudityo enam bulan lalu.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, dia dilihat menari bersama seorang pelakon lelaki sekali gus membalas berapa komen jelik menyifatkan perbuatannya itu seperti tidak berasa sedih atas kehilangan anak tersayang.

image is not available

Foto: IG Tamara Tyasmara

“Belum pernah merasakan anak sendiri meninggal kan? Jadi diam saja, tidak perlu banyak cakap.

“Semoga sahaja anda tidak merasakan seperti saya. Tidak saya pun tidak, jadi jangan merasa tahu,” tulisnya membalas komen berkenaan.

Pelakon berusia 29 tahun itu juga mengajak netizen yang melemparkan tuduhan untuk berjumpa terus dengan dirinya supaya berkenalan dulu dan tahu apa yang dilakukan dan dirasakannya sepanjang hari.

@tamaratyasmara

Asikkk mas Irwan @duway mau tiktokan #setulushati

♬ Terek bale – Hans

“Hanya dengan video 15 saat ini anda menilai saya bahagia? Mari sini, saya kongsikan alamat, ikut saya 24 jam lepas tu baru komen?,” katanya lagi.

Walaupun begitu, terdapat juga netizen menyatakan menyokong dan memahami tindakan pelakon berkenaan dengan meninggalkan pelbagai komen positif.

Hidup mesti diteruskan!

image is not available

Ini cuma cara menyembuhkan luka..

image is not available

Kita tak tahu dia macam mana

image is not available

Untuk makluman, Tamara sebelum ini mendirikan rumah tangga pertamanya bersama Angger Dimas pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, namun perkahwinan mereka berakhir pada 2022.

Pada 27 Januari 2024, Andante dilaporkan meninggal dunia selepas tenggelam di sebuah kolam renang didakwa dibunuh oleh teman lelaki Tamara sendiri sehingga membuat ramai yang berduka atas kematian mangsa.

Sumber: TikTok Tamara Tyasmara

View Original Article