Kehilangan pelajar Tingkatan Tiga terjawab, mayat ditemui dalam ladang sawit

17 Jul 2026 • 10:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kehilangan pelajar Tingkatan Tiga terjawab, mayat ditemui dalam ladang sawit
Kehilangan pelajar Tingkatan Tiga selama lima hari terjawab selepas Muhammad Nasrulhaq (gambar kecil) ditemukan maut dipercayai akibat kemalangan motosikal di Kota Tinggi.
Image from: Kehilangan pelajar Tingkatan Tiga terjawab, mayat ditemui dalam ladang sawit
Muhammad Nasrulhaq dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Felda Simpang Waha Sabtu lalu.

KOTA TINGGI - Kehilangan seorang pelajar Tingkatan Tiga sejak lima hari lalu terjawab selepas mayatnya ditemukan di dalam sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 8.2, Jalan Kluang-Kota Tinggi awal pagi Jumaat.

​Mangsa, Muhammad Nasrulhaq Kamaruzaman, 15, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC ditemui oleh orang awam kira-kira jam 2.30 pagi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

**media[3585007]**

​Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terlibat kemalangan apabila motosikal yang ditungganginya terbabas sendiri.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di badan serta kaki dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan.

“Kes masih dalam siasatan polis dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, keluarga remaja itu merayu bantuan orang ramai untuk mengesan remaja tersebut yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Felda Simpang Waha, Sabtu lalu.

Muhammad Nasrulhaq kali terakhir dilihat meninggalkan rumah kira-kira jam 11 malam dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah hitam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved