
PENAMPANG: Keikhlasan dalam bekerjasama adalah kunci kejayaan penggabungan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star), kata pengasas dan Penasihat Perdana PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Katanya, adalah baik untuk bersatu dan bekerjasama demi kebaikan bersama.
“Tetapi apa yang penting ialah keikhlasan mahu bekerjasama, berkawan dan berusaha ke arah matlamat bersama,” katanya pada sidang media di Hongkod Koisaan, di sini, Isnin.
Bulan lalu, dalam satu kenyataan bersama, PBS dan Star menyatakan bahawa mereka akan menandatangani perjanjian untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti yang berpangkalan di Sabah sebelum Tahun Baharu Cina akan datang pada Februari.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Mereka berkata perbincangan tertumpu kepada perumusan butiran mengenai kerjasama antara dua badan politik itu, yang boleh menyumbang ke arah mengukuhkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang pilihan raya Sabah ke-17, yang dijangka pada 2025.
Pairin, seorang bekas Ketua Menteri, berkata rundingan masih dijalankan, jadi biarlah jawatankuasa pimpinan PBS-Star berbincang dan mengadakan mesyuarat untuk menentukan langkah terbaik seterusnya dalam mewujudkan kerjasama itu.
Ditanya sama ada kerjasama itu menepati objektifnya sebagai pengasas PBS, Pairin berkata beliau tidak menganggotai jawatankuasa itu, tetapi jika satu ditubuhkan, ia seharusnya untuk kebaikan dan pembangunan Sabah.
Terdahulu, beliau berkata sebagai Huguan Siou dan Presiden Persatuan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA), rayuan lebih 2,000 penduduk di enam daerah yang begitu terdesak dalam mempertahankan tanah adat yang diduduki sejak bergenerasi, akan cuba disampaikan kepada pihak kerajaan bagi tindakan selanjutnya.
Beliau berkata, satu pasukan petugas khas perlu diwujudkan bagi meneliti permohonan geran tanah yang dikemukakan di setiap daerah yang terlibat.
Melalui pasukan petugas khas itu, kerajaan negeri dengan bantuan pegawai daerah boleh menentukan sama ada tanah yang dipohon itu milik kerajaan negeri mahupun pihak lain.
Beliau berkata, rayuan penduduk di enam daerah ini telah disampaikan melalui Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) kepada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Yang di-Pertua Agong.
“Memandangkan ia melibatkan komuniti Orang Asal, KDCA akan cuba membantu menyampaikan kepada kerajaan negeri sekali lagi untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah di enam daerah yang terlibat,” katanya.
Enam daerah itu ialah Tongod, Tawau, Nabawan, Tenom, Keningau dan Ranau.
Pairin berkata, isu tanah berkaitan dengan proses undang-undang dan dasar kerajaan negeri, dan KDCA hanya dapat membantu menyampaikan rayuan penduduk itu kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.
“Itu sebabnya saya cadangkan untuk menubuhkan pasukan petugas khas untuk meneliti dengan lebih mendalam tentang isu berkaitan tanah yang sudah berlanjutan begitu lama ini.
“Apabila ada rayuan yang menunjukkan ketidakpuasan hati sebegini, kerajaan harus mengambil berat tentang perkara ini agar boleh diselesaikan dari sudut undang-undang,” katanya.
Pairin berkata, biarpun persatuan itu bukan pihak yang membuat keputusan namun, mereka akan cuba membantu menyampaikan rintihan Orang Asal itu kepada kerajaan agar ada tindakan segera dapat diambil.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
