‘Kejadian Ini Tanpa Kerelaan Saya’, Lelaki Dicekup Liwat OKU Berulang Kali

5 Oct 2023 • 5:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki OKU diliwat di Bangsar bulan lalu

Kejadian Ini Tanpa Kerelaan Saya, Lelaki Dicekup Liwat OKU Berulang Kali. Seorang lelaki ditahan baru-baru ini kerana disyaki meliwat lelaki kurang upaya (OKU) beberapa kali di sebuah pangsapuri di Bangsar.

Menurut laporan, dipercayai kejadian itu berlaku pada bulan lalu ketika mangsa dalam perjalanan pulang, dan dihubungi suspek yang memintanya untuk pergi ke rumah lelaki itu.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: kosmo

Mangsa trauma, namun akhirnya lapor kepada polis

Dalam pada itu, mangsa yang trauma dengan kejadian jijik itu akhirnya memberanikan diri membuat laporan polis.

Bagaimanapun, susulan laporan dibuat, pihak polis segera menangkap suspek yang berusia 40-an itu di Balai Polis Travers, Ahad lalu.

Diliwat tanpa kerelaan di rumah lelaki itu

“Sebaik tiba di rumah lelaki itu, mangsa diliwat tanpa kerelaannya,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid menurut sumber.

“Difahamkan mangsa yang juga OKU sudah diperlakukan sedemikian rupa beberapa kali sebelum ini,” tambahnya lagi.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: cari

Selain itu, Allaudeen turut menyatakan bahawa suspek sudah dicekup dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: