Kejam! Mayat Ditemui Di Kebun, Rupanya ‘Bomoh Ganda Duit’ Ini Dalang Di Sebalik 11 Pembunuhan

6 Apr 2023 • 2:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mbah Slamet, Bomoh Sadis Menyamar Sebagai Pengganda Wang

Kejam! Mayat Ditemui Di Kebun, Rupanya ‘Bomoh Ganda Duit’ Ini Dalang Di Sebalik 11 Pembunuhan. Seorang lelaki pertengahan umur di Banjarnegara, Indonesia telah menggemparkan masyarakat dengan menjadi dalang di sebalik kematian 11 orang.

Lelaki bernama Slamet Tohari atau biasa dipanggil Mbah Slamet itu diketahui melakukan jenayahnya dengan dapat melipatgandakan wang yang diamanahkan oleh mangsanya.

image is not available
Kejam! Mayat Ditemui Di Kebun, Rupanya ‘Bomoh Ganda Duit’ Ini Dalang Di Sebalik 11 Pembunuhan

Dukun tersebut dibantu rakan jenayahnya untuk menipu mangsa

Polis telah menahan Slamet dan rakan sejenayahnya, BS, yang membantunya dalam pembunuhan yang dirancangnya untuk mendapatkan wang daripada mangsanya.

Mbah Slamet yang juga dikenali sebagai Slamet Tohari (ST) disyaki menjadi dalang di sebalik kematian 11 orang. Lelaki yang tinggal di Banjarnegara, Jawa Tengah itu berusia 45 tahun.

Ketika ditahan polis Banjarnegara, Slamet mendakwa mangsa yang ditipunya datang dari pelbagai wilayah di Indonesia.

image is not available
gambar sekadar hiasan

Mereka mengiklankan perkhidmatan ‘ganda wang’ melalui sosial media

Mbah Slamet yang mengaku sebagai bomoh pengganda wang bekerjasama dengan BS sebagai rakan kongsinya yang mengiklankan perkhidmatan penggandaan wang Mbah Slamet di Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Banjarnegara, AKBP Hendri Yulianto, Slamet tidak bertindak sendirian, sebaliknya dibantu seorang lelaki berasal dari Pekalongan, Jawa Tengah bernama BS.

“Orang kanan Slamet adalah BS. Setahun lalu, BS memuat naik di Facebook bahawa ST adalah orang yang pandai melipatgandakan wang,” kata ketua polis itu pada sidang media di Balai Polis Banjarnegara pada Isnin (03/04/23).

image is not available
Sumber: merdeka.com

Tugas BS ialah mencari sasaran Mbah Slamet dengan tarikan melipatgandakan wang mereka hingga berbilion rupiah.

“BS memperkenalkan mangsa kepada Mbah Slamet, dan dari situ, mangsa berminat untuk memberi wang, membayar berkali-kali dengan harapan untuk melipatgandakan wang mereka namun tidak kesampaian,”

image is not available
Sumber: merdeka.com

Slamet memberi mangsa minum racun

Selepas kes itu terbongkar ketika siasatan polis dijalankan, Slamet mendakwa motif pembunuhan yang dilakukannya adalah kegusarannya yang sentiasa meminta wang yang dijanjikan oleh mangsa.

Setelah beberapa ketika, mangsa asyik meminta wang berlipat kali ganda, Slamet berang dan akhirnya melakukan pembunuhan itu dengan memberi mereka minuman yang mengandungi kalium.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: