“Kejam Perbuatan Mereka”- Datin Patimah Sebak Lihat Nasib Puteri Sarah Dan Anak-Anak Hari Raya Nanti

Entertainment
15 Apr 2023 • 11:43 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Datin Patimah

Rasanya semua tahu yang ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah sentiasa beri kata-kata semangat buat menantu kesayangannya, Puteri Sarah sejak rumah tangga mereka mula retak.

Terbaru! Menerusi perkongsian di IG Story, Datin Patimah memuat naik IG Story menunjukkan satu gambar anak kepada psangan selebriti itu iaitu Sumaiyyah dan Syaikhul.

Menurutnya, Puteri Sarah akan membawa anak-anaknya ke luar negara pada Hari Raya nanti angkara perbuatan ‘mereka’ yang kejam yang didakwa telah meruntuhkan rumah tangganya.

image is not available

Hari Raya Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya. Kejam perbuatan mereka!

Kredit: Instagram Datin Patimah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.