Kejam! Seekor Anjing Dirantai Dan Diseret Guna Lori Tular Di Sosial Media

28 Apr 2023 • 10:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Guys, kalau nampak macam ni tolong ambik tindakan, jangan tangkap gambar sahaja’ -netizen

Kejam! Seekor Anjing Dirantai Dan Diseret Guna Lori Tular Di Sosial Media. Kecoh di media sosial apabila gambar seekor anjing yang dirantai dan diseret oleh sebuah lori di Serdang Jaya tular baru-baru ini.

Gambar tersebut dikongsi melalui akaun Instagram Salehatul Khuzaimah M.Ali atau lebih dikenali sebagai Dr Ima.

image is not available
Kejam! Seekor Anjing Dirantai Dan Diseret Guna Lori Tular Di Sosial Media

Gambar tersebut telah mengundang kemarahan ramai netizen.

Gambar tersebut menunjukkan anjing hitam yang terbaring dan dirantai di belakang sebuah lori ketika diseret di atas jalan raya. Namun, tidak pasti sama ada anjing tersebut masih hidup atau tidak ketika kejadian berlaku.

Pemilik akaun Dr. Ima mengakui bahawa beliau tidak pasti sama ada tindakan tersebut dilakukan secara sengaja atau tidak. Walau bagaimanapun, beliau berharap tindakan kejam tersebut akan disiasat dan si pelaku akan dikenakan tindakan yang sewajarnya jika terbukti bersalah.

image is not available

Dr. Ima turut menggesa orang awam untuk membuat aduan dan laporan kepada pihak polis, Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Lembaga Kebajikan Haiwan

Mengenai perkara ini, orang ramai turut mengutuk tindakan kejam yang dilakukan oleh pemandu lori tersebut. Banyak komen yang mengecam kekejaman terhadap haiwan dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku.

Dr. Ima turut menggesa orang awam untuk membuat aduan dan laporan kepada pihak polis, Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Lembaga Kebajikan Haiwan jika terdapat maklumat mengenai anjing tersebut atau mana-mana kejadian kekejaman terhadap haiwan.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: