Kejam! Suami Tikam Isteri 12 Kali

10 Jun 2024 • 1:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
- Gambar fail

KUALA LUMPUR - Kejam!

Itu kata-kata paling tepat untuk menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang tergamak membunuh isterinya, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek ditahan pada hari sama kejadian iaitu 7 Jun.

Menurut beliau, pemandu lori berusia 31 tahun itu ditahan reman tujuh hari bermula semalam sehingga 14 Jun nanti.

“Polis menerima laporan kejadian daripada adik suspek sekitar 7.58 pagi pada 7 Jun, yang memberitahu abangnya telah melakukan pembunuhan.

“Mangsa yang berusia 28 tahun ditemui terbaring di atas katil dengan kesan luka pada bahagian leher dan tangan,” katanya.

Jelas Hoong Fong, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan yang sudah berkahwin selama dua tahun mengalami masalah rumah tangga.

“Mereka mempunyai seorang anak yang baru berusia enam bulan.

“Bedah siasat mendapati terdapat 12 kesan tikaman pada tubuh mangsa termasuk di bahagian leher, muka, lengan, bahu, jari dan kepala,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2024
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved