
Kejap Naik, Kejap Turun, Ini Kaedah Malaysia Tetap Harga Minyak
Sebahagian orang pastinya sudah stanby depan telefon atau televisyen pada malam Rabu semata-mata nak tunggu pengumuman harga minyak setiap minggu kan?
Kejap naik, kejap turun, kejap kekal. Lagi-lagi ditengah-tengah krisis geopolitik ini harga minyak makin naik secara mingguan.
Tapi pernah tak anda terfikir, macam mana kerajaan kira harga petrol RON95, RON97, dengan diesel tu?
Mari SK kongsikan formula rahsia kerajaan tetapkan harga minyak di bawah.
Patutlah Harga Minyak Setiap Negara Tak Sama

Mungkin ramai yang sangka kita ikut harga minyak mentah (Crude Oil) macam Brent atau WTI.
Sebenarnya, Malaysia guna penanda aras Platts FOB Straits (dulu dikenali sebagai MOPS - Mean of Platts Singapore)
Pasti ramai yang tertanya-tanya kan?
Sebab Platts ni adalah harga produk yang dah siap proses (tapis) di hub perdagangan Singapura.
Dalam bahasa yang mudah, kita beli minyak yang dah boleh terus masuk tangki, bukan minyak hitam pekat dari dalam tanah.
Apa Itu Formula APM?

Kerajaan guna kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM). Dalam harga yang kita bayar kat pam tu, sebenarnya dah termasuk;
Kos Produk: Ikut harga pasaran Platts tadi.
Kos Operasi: Upah lori hantar minyak ke stesen
Margin Syarikat & Penjual: Untung untuk syarikat minyak dan tauke stesen (kesianlah kat mereka kalau tak ada untung langsung, kan
Subsidi/Cukai: Ini yang menentukan sama ada harga jadi murah atau mahal.
Kenapa Malaysia Guna Kaedah APM?

Ini kerana kaedah ini menjadi penanda aras yang diiktiraf antarabangsa dan paling dekat dengan kawasan operasi Malaysia di Asia Tenggara.
Ia juga buatkan pelabur yakin untuk membuka stesen minyak di sini disebabkan pengiraan pulangan modal lebih telus dan adil.

