“Kejayaan permulaan sebuah perjuangan.” Mustapha Kamal, Susan Manen rai konvoksyen anak kedua

9 Aug 2023 • 12:41 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Mustapha Kamal sentiasa menjadi perhatian warga maya. Dikenali dengan julukan ‘Papa Megah Holding’ kerana sering memegang watak ahli korporat, aktor berkenaan baru-baru ini meraikan konvokesyen anak keduanya.

Mustapha menerusi laman sosial Facebook berkongsi berita gembira Aulia Qayyiem, 20, berjaya menamatkan pengajian dan meraih Diploma Animasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

image is not available

Berkongsi video memaparkan Qayyiem berada di atas pentas menerima skrol, pelakon Mira Edora dan Adik Manja itu sempat menitipkan doa agar ilmu yang diperoleh membawa kebaikan.

Bersyukur atas kurniaan-NYA, pelakon berusia 62 tahun itu tidak lupa menitipkan kata-kata semangat.

“Semoga ALLAH SWT selalu memberi segala kebaikan untuk atas ilmu dan kebaikan untuk orang lain juga, aamiin.

“Hari ini menjadi saksi atas kejayaan permulaan sebuah perjuangan

“Sokongan sentiasa ada daripada papa dan mummy. ALLAH tahu segalanya,” titip aktor kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

image is not available

Mustapha Kamal dan bekas Ratu Cantik Malaysia 1993, Susan Manen mendirikan rumah tangga pada tahun 1998.

Pasangan romantis ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sabella Qawiema, 22, Aulia Qayyiem, 20, Salsabil Qur’ani, 19 dan Naqli Qaddiem, 15.

image is not available

Salsabil atau dikenali sebagai Bil mengikuti jejak langkah ibu bapa menjadi seorang pelakon.

Salsabil juga pernah berlakon dalam filem produksi Filipina, I Miss You Like Crazy bersama Hans Isaac.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

View Original Article