
Tenom: Kejohanan bola sepak Piala Kalimaran anjuran Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Tenom bakal berlangsung di padang pekan Tenom pada 30 - 31 Mac.
Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, kejohanan dua hari yang diadakan sempena sambutan Pesta Kalimaran pada 31 Mac ini terbuka kepada pasukan dari Tenom.
“Kejohanan ini dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita. Pasukan lelaki yang menang akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua RM2,000 dan tempat
ketiga RM1,000, manakala hadiah saguhati untuk tempat keempat dan kelima masing-masing menerima RM500.
“Selain itu, hadiah juga akan diberikan kepada pemain terbaik, penjaring terbanyak dan penjaga gol terbaik di mana masing-masing akan menerima hadiah RM200.
“Bagi kategori wanita, pasukan pemenang akan menerima hadiah RM3,000, tempat kedua RM1,500 dan tempat ketiga RM1,000 manakala tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang hadiah RM500,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur pada Jumaat lalu.
Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata tarikh tutup adalah pada 25 Mac dan semua pengurus serta ketua pasukan akan dipanggil untuk menghadiri taklimat pada hari yang sama. Beliau menyeru mereka yang berminat agar menghubungi pengerusi penganjur Donneysius Ansuku di 013-8966787 atau timbalannya Matius Piri di 013-8710864.
Sementara itu, majlis perasmian akan diadakan di Padang Pekan Tenom pada 30 Mac ini dengan persembahan daripada suku kaum di daerah itu serta cabutan bertuah untuk para hadirin.
Perlawanan Piala Sumbangsih juga akan diadakan antara jawatankuasa Safa Tenom dan pegawai kerajaan Tenom.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

