
Kota Kinabalu: Kejohanan bola sepak Piala Safa (Persatuan Bolasepak Sabah) tahun ini akan bermula esok di enam daerah di seluruh negeri.
Sebanyak 21 pasukan akan terlibat dalam kejohanan zon selama tiga hari yang akan diadakan serentak di Kota Kinabalu, Kinabatangan, Beaufort, Kunak, Keningau dan Kota Marudu.
Juara dan naib juara dari setiap zon kemudiannya akan mara ke ‘Grand Final’ yang akan berlangsung di Kota Kinabalu pada 25-27 Januari.
Setiausaha Agung Safa, Shamsuddin Mohd Shah (gambar) berkata, kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM40,000 itu dimulakan oleh jawatankuasa pertandingan tempatan yang diketuai Naib Presiden Safa Datuk Seri Dr Ruddy Awah.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Matlamatnya adalah untuk mencungkil bakat baharu untuk diserap ke dalam pasukan Sabah FC yang akan bersaing dalam Piala MFL, Piala Presiden dan Piala Belia musim akan datang.
“Keseluruhan kejohanan ini dijangka akan melibatkan seramai 525 pemain dari tiga peringkat umur iaitu bawah 23, 20 dan 18 tahun. Kami berharap lebih ramai bakat berpotensi akan dikesan dan seterusnya diserap sebagai pemain profesional selaras dengan tujuan utama penganjuran kejohanan ini,” katanya pada Rabu.
Beliau menambah panel jurulatih berpengalaman telah dilantik untuk mencari pemain berpotensi di semua enam daerah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jetama Sdn Bhd dan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd yang merupakan dua penyumbang utama dalam kalangan syarikat berkaitan kerajaan lain yang menaja kejohanan itu.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua GLC atas sumbangan mereka membantu kami dalam penganjuran kejohanan bola sepak Piala Safa kali ini,” katanya.
Sementara itu, 12 pasukan yang layak ke grand final akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.
Venue kejohanan yang akan digunakan ialah Stadium Likas, Kompleks Sukan UMS, Padang Sukma Likas dan Padang Sintetik Likas.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


