


Cyberjaya terletak kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Ia juga menjadi tempat pengujian untuk solusi mobiliti pintar yang merangkumi mobiliti udara dan darat. Satu tempat kreativiti dan inovasi bercambah!
Okjektif utamanya adalah mencipta persekitaran kerja dan kehidupan di mana golongan pekerja yang berpengetahuan dengan penduduk tempatan boleh berinteraksi secara pintar & memupuk perhubungan sosial yang santai. Dengan membudayakan ekosistem yang kolaboratif ia telah membuka peluang sebagai suatu bandar kehijauan berteknologi tinggi.
Menjelang cuti Deepavali, suatu Kejohanan Catur Anak Malaysia Bawah 12 tahun D'Pulze telah berlangsung di Cyberjaya pada hari Sabtu 11 November 2023 dan telah menarik penyertaan 219 peserta pelbagai kaum dari sekolah-sekolah rendah di Selangor, Negeri Sembilan & Wilayah Persekutuan. Peserta yang bertanding perlu bermain 7 pusingan (bukan kalah mati). Sekiranya lawan lewat/tidak hadir, masa menunggu adalah 20 minit. Peserta digalakkan untuk menyemak nama lawannya di ‘chess results’ pada meja Arbiter. Anggaran tempoh setiap pusingan ialah 40-50 minit. Peraturan pertandingan mengikut ‘standards’ kejohanan catur antarabangsa diguna-pakai oleh pihak penganjur dan Arbiter.
Dua orang cucu saya, Iffah Faizah dan Ilfi Fatihah yang belajar di salah sebuah sekolah rendah di Cyberjaya termasuk dalam senarai peserta yang bertanding dalam kejohanan ini. Mereka telah mengikuti latihan bermain catur secara profesional dari guru-guru di sekolah mereka dan bapa-bapa saudara (anak-anak saya) di rumah pada cuti hujung minggu.
Saya perhatikan di persekitaran pertandingan catur di Cyberjaya yang nampak tertekan (stress) ialah para ibu-bapa dan saudara mara kepada peserta yang sedang bertanding. Para pemain catur yang terlatih kuat kemampuan fokus mereka terhadap pertandingan mereka tanpa teralih tumpuan. Lihat saia dalam sebuah filem ketika ada adegan pemain catur yang sedang bertanding di taman atau pantai, mereka sama sekali tidak terpengaruh oleh keriuhan yang terdapat di sekitar mereka. Konsentrasi mereka begitu fokus sekali.

Hantar artikel/video berkaitan #CutiCutiLocal dan berpeluang menangi hadiah sehingga RM10,000! Ketahui lebih lanjut di sini.
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

