Kejuaraan Serie A lebih terbuka

Football
4 Jan 2023 • 12:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Roberto Mancini

SAINGAN kejuaraan Serie A disifatkan lebih terbuka dan sengit sehingga penghujung musim berbanding musim sebelumnya berdasarkan situasi semasa bola sepak dunia ketika ini.

Pengendali Itali, Roberto Mancini berkata, pemburuan kejuaraan Serie A akan lebih kompetitif selepas saingan berehat sementara bagi memberi laluan penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar sebelum ini.

“Ini adalah ramalan yang terlalu sukar, tambahan pula selepas saingan Serie A berehat lebih 50 hari.

"Tetapi Napoli mempunyai peluang yang baik, lapan mata di hadapan dan kumpulan terbukti yang juga telah menambah dua-tiga pemain yang kuat.

“Pesaing semuanya rapat antara satu sama lain dan tepat pada masanya untuk memberi tekanan kepada Napoli, namun mereka perlu kembali bersaing dengan kuat dan pantas,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved