Kejutan boleh berlaku di Stamford Bridge

Football
13 Apr 2023 • 10:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Peluang Chelsea untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara masih belum tertutup. FOTO: AFP

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard percaya kejutan boleh berlaku di Stamford Bridge dan mereka boleh 'menukar' keputusan kekalahan perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara kepada Real Madrid.

The Blues mengalami kekalahan 0-2 di Santiago Bernabeu selain turut terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Ben Chilwell dilayangkan kad merah pada minit ke-59.

Lampard yakin pasukannya mempunyai apa yang diperlukan untuk mengubah keadaan dan mahu para pemain membina keyakinan diri untuk menghadapi Real dalam aksi timbal balik minggu depan.

"Saya berbangga dengan pemain saya. Bermain dengan 10 pemain, mereka mengasak kami. Ada beberapa perkara yang baik, tetapi kami perlu menerima keputusan ini.

"Saya hanya berkata kepada pemain (di bilik persalinan), perkara istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge. Mereka pasukan yang sangat bagus, tetapi kami harus yakin.

"Ia adalah tempoh yang sukar untuk mereka. Saya fikir mereka perlu memahami betapa bagusnya mereka dan apa yang boleh mereka lakukan.

"Mungkin kami sedikit kekurangan (keyakinan diri). Minggu depan akan menjadi detik penentuan dan kami perlu lebih positif.

"Saya (ketika menjadi pemain) telah terlibat dalam malam-malam yang penuh kejutan di Stamford Bridge," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved