Kejutan Di Hari Perkahwinan, Lelaki Terperanjat ‘Bridesmaid’ Semua Bekas Teman Wanita

12 Nov 2023 • 11:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada plot twist di hujung cerita ini nanti

Kejutan Di Hari Perkahwinan, Lelaki Terperanjat ‘Bridesmaid’ Semua Bekas Teman Wanita. Hari perkahwinan yang dinanti-nantikan oleh pasangan menjadi sesuatu yang aneh apabila pengantin lelaki keliru melihat kesemua barisan pengiring pengantin perempuan adalah bekas teman wanitanya.

Kejadian yang berlaku di China ini berlangsung di bandar Chongqing setelah pasangan ini bercinta selama dua tahun.

image is not available
Kejutan Di Hari Perkahwinan, Lelaki Terperanjat ‘Bridesmaid’ Semua Bekas Teman Wanita. Kredit gambar: Kosmo

Rakan pengantin wanita pernah bercinta dengan bakal suami

Dilaporkan bahawa pengantin wanita, Liu mendapati bahawa beberapa rakannya pernah bercinta dengan bakal suaminya.

Dari situ, Liu mengambil peluang ini untuk bergurau dengan bakal suaminya daripada berasa kecewa. Liu kemudiannya menjemput bekas teman wanita si pengantin lelaki untuk menjadi pengiring semasa majlis perkahwinan mereka.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Terperanjat lihat wajah bekas teman wanita

Masuk sahaja pengentin lelaki dalam majlis perkawinannya, dia lalu terperanjat melihat wajah-wajah bekas teman wanitanya yang semua mengenakan gaun pengiring pengantin.

Walaupun terkejut dan ketar lutut melihat kejadian tersebut, pengantin lelaki dengan pantas kembali tenang dan meneruskan majlis perkahwinan.

Majlis tersebut kemudiannya diteruskan dengan lancar tanpa sebarang cemburu atau dendam, membolehkan pasangan itu menarik nafas lega.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/disuruh-duduk-bersama-satu-meja-pengantin-wanita-ini-jemput-semua-bekas-bf-ke-majlis-perkahwinannya/

https://www.iloveborneo.my/wanita-ini-berpisah-dengan-bf-selepas-dihidangkan-makanan-sejuk-di-rumah-keluarga-lelaki-itu/