Kejutan RM400,000 buat ibu tersayang, kisah pemuda tinggalkan hadiah selepas maut kemalangan buat netizen sebak

31 Oct 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
hibah kemalangan

MENINGGAL dunia akibat maut dalam kemalangan menjadi satu insiden yang sukar untuk diterima oleh keluarga.

Apatah lagi kalau melibatkan anak yang selama ini menjadi tulang belakang dan paling banyak berjasa dalam famili.

Hal itu sudah tentunya membuatkan waris tidak mampu menerima kenyataan buat seketika.

Baru-baru ini tular kisah memilukan apabila seorang ibu terkejut dan terharu apabila anak kesayangan yang sudah ‘pergi’ memberi kejutan yang tidak disangka-sangka.

Perkongsian seorang pengguna TikTok, MattYie1 mendedahkan, arwah telah meninggalkan hadiah bernilai RM400,000 buat si ibu membuatkan netizen sebak.

Mana tidaknya, meskipun sudah tiada, namun Allahyarham meninggalkan buah tangan untuk memastikan kebajikan ibunya tetap terpelihara.

image is not available

MattYie1 yang mengunjungi ahli keluarga mangsa tersebut turut berkongsi kisah yang boleh dijadikan panduan kepada orang ramai.

“Hari ini Abe Yie pergi ziarah ibu kepada arwah klien Abe Yie untuk selesaikan tuntutan hibah kematian.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Abe Yie untuk menolong lebih ramai lagi rakyat Malaysia,” tulisnya.

image is not available

Tambahnya lagi, ibu kepada pelanggan beliau menangis teresak-esak selepas mengetahui anak sulungnya sempat membuat pelan hibah bernilai RM400,000

“Penama pula si ibu. Arwah memang seorang berjiwa besar dan sangat mengambil berat soal keluarga,” kongsinya lagi.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut turut berkongsi kisah masing-masing.

Berikut antara komentar yang dikongsikan:

“Tiba-tiba mata masuk habuk.”

image is not available

“Masih muda dan bujang lagi.”

image is not available

“Sudah tiada tetapi masih menabur jasa 😭.”

image is not available

“Macam kes arwah sepupu, buat hibah senyap-senyap buat familinya.”

image is not available

“Alhamdulillah syukur dapat anak macam itu.”

image is not available

“Sementara bujang ini, buatlah sebab kita tak tahu bila ALLAH nak jemput.”

image is not available

“Bolehlah bayar hutang arwah dan buat badal haji.”

image is not available

“Menangis arwah mak terima duit insurans.”

image is not available

Sesungguhnya, hadiah bentuk hibah tersebut sedikit sebanyak boleh mengubat kesedihan keluarga tersayang.

Beruntung famili tersebut kerana memiliki anak yang pentingkan kebajikan ibu dan ayah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi