Kek Butter Milk Cheese Jadi Rebutan Ramai, Mita Cakehouse ‘Limit’ 2 Sahaja Untuk Pelanggan

21 Apr 2023 • 12:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siapa cepat, dia dapat~

Kek Butter Milk Cheese Jadi Rebutan Ramai, Mita Cakehouse ‘Limit’ 2 Sahaja Untuk Pelanggan. Memandangkan sambutan Raya tak lama lagi, kompom ramai akan serbu pasar raya dan kedai roti untuk stock up barangan makanan.

Sebuah kedai roti terkenal di Kuching, Mita Cakehouse baru-baru ini menyaksikan lonjakan pelanggan menyerbu kedai mereka untuk membeli kek butter milk cheese terkenal mereka – sehingga mereka terpaksa mengehadkan dua bagi setiap pelanggan!

image is not available
Kek Butter Milk Cheese Jadi Rebutan Ramai, Mita Cakehouse ‘Limit’ 2 Sahaja Untuk Pelanggan

Ramai berebut membeli menjelang perayaan

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi di Facebook bahawa Mita Cakehouse dibanjiri pelanggan yang berpusu-pusu mendapatkan kek butter milk cheese terkenal kedai roti itu.

Oleh kerana kebanjiran pelanggan, kedai roti berkenaan terpaksa menghadkan 2 biji kek bagi setiap pelanggan. Kata individu tersebut, “Apa yang menarik ada di Sarawak yang tiada di Semenanjung, bukan sekadar kek lapis Sarawak jadi rebutan, tapi kek butter milk cheese Mita Cakehouse yang menjadi rebutan. Jadi seorang hanya boleh beli 2 sahaja ye. Ini pesanan sahabat jadi mari lah kita berebut!”

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Jika anda berminat untuk berkunjung ke cawangan mereka untuk membeli kek ini bagi sambutan Raya anda atau sekadar untuk pos kepada mereka yang beraya di perantauan, anda boleh mengunjungi atau hubungi cawangan berikut:

  • SATOK 082-428334
  • BAN HOCK ROAD 082-429184
  • HERITAGE GARDEN 082-238248
  • TUN JUGAH ROAD 082-458693
  • ROCK ROAD 082-417286
  • TABUAN STUTONG 082-361368
  • 7TH MILES 082-611723
  • 3 1/2MILES 082-410078

Lagi di sini: