
Artis tempatan kita memang ramai yang berwajah rupawan. Sebagai orang asia, rata-rata kita memang dianugerahkan dengan wajah awet muda! Sebagai contoh lihatlah barisan 5 artis wanita ini, tetap jelita dan bergaya meskipun mereka kini sudah mencecah usia setengah abad atau 50 tahun. Mari kita kenali 5 jelita berusia 50an yang nampak muda dari usianya dan kekal vogue!

- Rozita Che Wan, 50 Tahun
Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memang dikenali ramai dengan gaya beliau yang sentiasa menyerlah dan lengkap berhias. Memang susah kita nak jumpa gambar Che Ta selekeh ya! Che Ta bermula sebagai seorang model atau peragawati pada sekitar tahun 1993 sehingga 2004, kemudian beliau mula menceburi dunia lakonan pada tahun 2005 dan kekal aktif sehingga kini. Rozita atau nama sebenarnya Rozita Binti Abu Bakar dilahirkan pada 9 Mac 1973 di Alor Setar, Kedah.

2. Datuk Syafinaz Selamat, 50 Tahun
Diberi gelaran Ratu Soprano Malaysia, nama Datuk Syafinaz semestinya tidak asing lagi dalam industri hiburan kita. Memiliki wajah rupawan dan ketinggian 5 kaki 5 inci, Datuk Syafinaz sering menjadi perhatian warga net apabila beliau memuatnaik foto atau video terbaru dirinya dilaman Instagram. Memang langsung tak nampak macam 50an kan? Sekadar info, Datuk Syafinaz dilahirkan pada 11 January 1973 di Pontian, Johor.

3. Kavita Sidhu, 51 Tahun
Bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-52 tahun pada 29 November, Kavita Sidhu atau nama penuhnya Kavita Kaur Sidhu adalah merupakan seorang pelakon dan model terkenal. Beliau sering dipuji ramai kerana kerap dilihat menggayakan baju-baju tradisional.

4. Nasha Aziz, 52 Tahun
Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Binti Abdul Aziz sememangnya nama yang besar dan dikenali ramai. Boleh dikatakan hampir setiap golongan mengenali pemilik nama Nasha Aziz ini. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 14 Mei 1971 dan memulakan kerjaya dalam bidang peragaan pada tahun 1989, jangan tak tahu Nasha Aziz pernah ditawarkan kontrak peragaan di New York juga tau! Namun, beliau menolaknya atas faktor batas agama dan budaya.

5. Amy Mastura, 52 Tahun
Dikenali dengan wajah comel dan suaranya yang merdu. Siapa saja tidak kenal pelantun lagu Sha Na Na ni kan? Berasal dari Batu Gajah Perak, Amy yang dilahirkan pada tanggal 10 Mei 1971 ini memang selalu dipuji awet muda oleh warga net. Mana tidaknya, daripada zaman (filem) Puteri Impian memang sama saja wajahnya dan tidak berubah. Setuju tak?
KHABAR PAWANA adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

