Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe

13 May 2024 • 9:52 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mbappe. Foto AFP

KYLIAN Mbappe menjaringkan gol pada penampilan terakhirnya di laman sendiri sebagai pemain Paris Saint-Germain pada Ahad tetapi juara Perancis itu mengalami kekalahan mengejut 1-3 menentang Toulouse pada malam mereka menjulang trofi kejuaraan Ligue 1.

Mbappe mengesahkan dalam video yang disiarkan di media sosial bahawa dia akan meninggalkan PSG apabila kontraknya tamat pada penghujung musim sekali gus menamatkan tempoh tujuh tahun bersama kelab itu.

Real Madrid dijangka menjadi destinasi seterusnya bagi pemain itu apabila dia secara peribadi memaklumkan kepada kelab tentang hasratnya untuk berpindah.

Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).

Jumlah 191 golnya dalam liga utama Perancis termasuk 16 gol bersama Monaco pada awal kariernya meletakkannya di tempat ketujuh dalam senarai penjaring sepanjang zaman.

Jurulatih PSG, Luis Enrique menyifatkan pemain berusia 25 tahun itu sebagai legenda kelab apabila bercakap kepada media pada malam sebelum perlawanan.

“Saya mendengar tepukan, penyokong memberinya penghormatan yang sewajarnya, dia adalah legenda kelab walaupun masih muda,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved