Kekalkan integriti, akauntabiliti: KM

LocalPolitics
3 Oct 2022 • 4:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengingatkan ketua jabatan dan agensi Kerajaan supaya terus mengekalkan integriti dan akauntabiliti serta tadbir urus yang baik dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Beliau berkata ia memastikan setiap projek pembangunan, khususnya di bawah pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya berjalan lancar dan dilaksanakan dengan baik.

“Ia termasuk memantau dan memastikan setiap peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan akan memberi manfaat sepenuhnya kepada kumpulan sasar di peringkat akar umbi,” katanya.

Hajiji berkata adalah penting untuk aspek ini dititikberatkan pada setiap masa untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

“Alhamdulillah, dengan kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan ekonomi yang semakin pulih, rakyat di negeri ini akan terus menikmati hasil pembangunan,” katanya.

Beliau menyampaikan ucapan pada majlis makan malam negeri sempena ulang tahun ke-69 Ketua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Dewan Bankuet Dewan Undangan Negeri dekat sini Sabtu lepas.

Hajiji juga berharap keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah akan sentiasa terpelihara melalui sikap hormat-menghormati dan perpaduan.

“Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mempertingkatkan usaha dan tenaga untuk memacu pembangunan negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Saya memberi kerjasama daripada semua barisan kepimpinan negeri untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh telus dan ikhlas.

“Kita mesti komited sepenuhnya dengan mandat yang diberikan oleh rakyat agar agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya dapat dicapai sepenuhnya,” katanya.

Ketua Menteri juga memberi jaminan kerajaan negeri komited untuk memperkasakan keselamatan bagi memastikan negeri dan rakyatnya sentiasa terpelihara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.