Kekalkan keharmonian kaum walau berbeza kepercayaan: Adun

LocalPolitics
19 Dec 2024 • 2:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

NABAWAN: Keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri ini yang sekian lama wujud perlu dikekalkan.

Adun Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, perbezaan kepercayaan tidak harus menjadi penghalang untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang sekian lama dimiliki oleh masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Advertisement“Kita mesti bersatu dalam segala aspek demi kesejahteraan dan pembangunan negeri ini khususnya di daerah Nabawan ini,” katanya semasa merasmikan Perayaan Natal SIB Kawasan di gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Saup dekat sini, pada Ahad.

Ghani, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), berkata, untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan sedia ada, semangat kekitaan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat perlu dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kepercayaan dan fahaman politik.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Pada masa sama, Ghani menyeru masyarakat di daerah ini memberi sokongan padu kepada Kerajaan dan menyambut baik pelbagai dasar seperti bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat pelbagai lapisan di negeri ini, termasuk bantuan bulanan RM300 selama 12 bulan kepada rakyat miskin di Negeri ini, bantuan kepada peniaga kecil, peniaga gerai-gerai jualan berdaftar dan berlesen, selain pelajar termasuk kos penerbangan pelajar IPTA/IPTS dari Sabah yang belajar di Semenanjung.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ini, katanya, membuktikan Kerajaan Negeri prihatin, bertanggungjawab dan tahu membela nasib rakyat.

Mengenai perayaan Natal, Ghani berkata, seperti juga perayaan lain sememangnya sudah menjadi rutin masyarakat di negeri ini yang berbilang bangsa, suku kaum, peringkat umur dan agama merayakannya bersama.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini sudah menjadi kebiasaan untuk kita menyambut perayaan bersama,” katanya.

Ghani berkata, sebagai wakil rakyat Nabawan, beliau akan terus berusaha membela nasib rakyat di sini, menambah sejak menjadi Adun, beliau telah berusaha sedaya upaya menyuara dan membawa hal-hal penting kepada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan.

Hadir sama Ketua Kawasan SIB Kawasan Nabawan Ngilo Epui, Pengerusi Penganjur Pastor Melkino Thomas, Pengkotbah Perayaan Pastor Dr Frankie Dawa dan pemimpin gereja SIB Nabawan.