Kekangan dana sukarkan operasi harian, Madrasah Tahfiz Muqarrabin rayu sumbangan

24 Aug 2026 • 5:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kekangan dana sukarkan operasi harian, Madrasah Tahfiz Muqarrabin rayu sumbangan
Kekangan dana sukarkan usaha Madrasah Tahfiz Muqarrabin didik anak-anak yatim, asnaf menjadi generasi al-Quran.

KANGAR – "RM10 anda mungkin kecil, tapi sangat besar nilainya untuk pendidikan seorang anak yatim dan asnaf."

Demikian luahan pihak Madrasah Tahfiz Muqarrabin di sini yang berdepan kekangan dana bagi meneruskan operasi harian mereka.

Pengetua Madrasah Tahfiz Muqarrabin, Muhammad Amin Arrazi Fakhruddin Arrazi berkata, pihaknya memerlukan dana untuk menampung kos utiliti seperti elektrik, air dan internet.

"Ini merupakan kemudahan asas yang penting bagi memastikan kelangsungan pembelajaran pelajar tahfiz di madrasah berkenaan di samping ingin menaik taraf surau pengajian," katanya.

Menurut beliau, tanpa sokongan masyarakat, sukar untuk mereka teruskan usaha mendidik anak-anak tersebut menjadi generasi al-Quran.

Ujarnya, jumlah tersebut mungkin nampak kecil, tapi bagi mereka ia penentu sama ada anak-anak ini dapat belajar dalam suasana yang selesa atau tidak.

Muhammad Amin memberitahu, pelajar di madrasah itu terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang bergantung sepenuhnya kepada dana sumbangan orang ramai.

Jelasnya lagi, masyarakat boleh bersama-sama menyumbang melalui infaq tunai, tidak kira jumlah, kerana sumbangan kecil jika digerakkan secara berjemaah, mampu memberi impak besar.

"Setiap sen yang disumbangkan, kami doakan menjadi pahala berpanjangan dan diberi ganjaran berlipat kali ganda oleh ALLAH SWT," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 559012337130 atau boleh hubungi nombor 011-72538299.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved