Kekasih ‘British’ Song Joong Ki Yang Digosipkan Dengannya Dikatakan Ibu Tunggal, Anak Usia 10 Tahun 

Entertainment
29 Dec 2022 • 3:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Katy Louise dikatakan ibu tunggal dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun. - Gambar dari Kbizboom

Sejak artis kesayangan Korea, Song Joong Ki, 37, mendedahkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang, khabar angin mengenai identiti teman wanita barunya telah tersebar dengan begitu pantas. 

Meskipun Song Joong Ki masih berdiam diri daripada memperkatakan apa-apa tentang identiti teman wanitanya, namun rata-rata netizen yakin dan percaya bahawa dia sedang bercinta dengan bekas pelakon Britain, Katy Louise Saunders, 38.

image is not available
Joong Ki dan Katy dilihat menghadiri majlis perkahwinan seorang kenalan. - Gambar Instagram Song Joong Ki

Pasangan ini telah dilihat hadir bersama di beberapa majlis perkahwinan dan Katy juga dikatakan bertindak sebagai tutor bahasa Itali pelakon itu dalam siri drama hit, Vincenzo di mana dia memegang watak sebagai peguam mafia Korea-Itali, menurut laporan 8Days.Sg. 

Menurut laporan beberapa media, pasangan ini dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta lebih setahun. 

Namun jabatan netizen di Korea teah bertungkus-lumus mencari maklumat lanjut mengenai Katy, dan khabar angin terbaharu mendakwa dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun.

image is not available
Gambar Katy sedang berbadan dua pada 2012 turut ditemui pasukan netizen. - Gambar Kbizboom

Dakwaan itu timbul apabila netizen menemui gambar Katy dalam keadaan hamil di Itali pada 2012. Menerusi gambar tersebut, ‘baby bump” Katy cukup terserlah. 

Tidak hanya itu, mereka juga turut menemui beberapa gambarnya dengan seorang gadis berambut perang, yang mereka percaya adalah anak perempuannya.

Berita ini telah mendapat kecaman daripada beberapa netizen yang mempunyai pemikiran konservatif apabila mereka meluahkan rasa terkejut kerana Joong Ki  sanggup berpacaran dengan seorang ibu tunggal.

Pun begitu, tidak kurang juga komen-komen positif bersifat kemanusiaan yang dilontarkan. 

image is not available
Gambar Kbizboom

"Song Joong Ki juga pernah berkahwin sebelum ini, jadi rasa perkara itu tidak penting.

“Ini hubungan mereka, mengapa orang peduli?" dan "Harap mereka berdua gembira" adalah beberapa komen berbentuk sokongan terhadap pasangan baru itu” . – Getaran, 29 Disember 2022