Kekasih melutut melamar, Nabila Razali dikecam – “Terlebih barat, belum halal dah sentuh..”

Entertainment
15 Nov 2023 • 12:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan kekasih melutut dan melamar penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dikecam oleh netizen selepas dimuat naik di oleh penyanyi tersebut.

Menerusi satu posting di Instagram miliknya, Nabila berkongsi detik gembira tersebut dengan berkongsi gambar kekasihnya yang sedang melutut sambil memegang tangannya.

Kekasih melutut melamar, Nabila Razali dikecam

Melihat kepada ruangan komen, ramai pengikut mengucapkan tahniah kepada penyanyi berusia 31 tahun itu termasuklah rakan-rakan selebriti.

Namun begitu, lain pula reaksi segelintir netizen apabila gambar tersebut dikongsi ke laman Facebook yang mengecam cara lamaran Nik Iruwan yang juga merupakan ahli perniagaan.

Disebabkan kekasih hatinya melutut untuk melamar, ramai netizen berkata aksi romantis tersebut bukan cara orang Islam sebaliknya terlalu mengikut budaya barat.

Ikutlah cara Islam…

image is not available

Terlebih barat

image is not available

Sedih tengok

image is not available

Selain itu, Nabila dan bekas pelumba kereta litar Formula itu juga dikecam kerana walaupun baru dilamar, kedua-duanya sudah berpegangan tangan sedangkan perkara tersebut dilarang dalam Islam.

Belum halal….

image is not available

Kenapa pegang tangan?

image is not available

Terdahulu, pasangan itu dikatakan sudah bertunang pada Ogos lalu dan akan bernikah pada ulang tahun kelahiran penyanyi tersebut iaitu 13 November namun dakwaan tersebut ternyata tidak benar.

Bagaimanapun, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali masih belum mendedahkan tarikh perkahwinan mereka akan dilangsungkan.

Sumber: Astro Awani, Instagram Nabila Razali