“Kekasih Pertama Tak Dihargai..”, Fizi Ali Dikecam Netizen Kerana Kapsyen Kekasih Awal Dan Akhir

EntertainmentMusic
29 Nov 2023 • 2:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyampai radio, Fizi Ali dikecam netizen apabila memuat naik foto isteri dengan kapsyen ‘Kekasih Awal dan Akhir’ di media sosial kerana dianggap menidakkan kewujudan bekas isterinya.

Difahamkan, Fizi seperti tidak menghargai pengorbanan Shakilla Khoriri iaitu bekas isterinya yang pernah melahirkan anak mereka, Ameena menerusi perkahwinan pertama mereka dahulu.

image is not available

Kalau kekasih akhir itu mungkinlah betul kot. Tapi kekasih awal tu tak berapa kena.

Namun, penyampai radio itu menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya kapsyen itu adalah berdasarkan nama lagu Datuk Jamal Abdillah ketika mereka berdua menghadiri konsert penyanyi lagenda itu pada malam Ahad lalu.

image is not available

Amboi mulut korang, puaka ya! Ramai betul buta tuli, itukan tajuk lagu Datuk Jamal Abdillah.

Semalam (Ahad) pergi konsert dia (Jamal), letaklah tajuk lagu dia. Kalau pergi konsert Senario saya letaklah lagu Cari Tapak. Apalah korang ni.

Sebelum ini, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Shakilla Khoriri dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia namun bercerai pada Disember 2021.

Fizi kemudian bernikah dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Terdahulu, penyampai radio Fizi Ali didakwa uba memisahkan anak kandungnya, Ameena dengan bekas isteri, Syakilla Khoriri.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kenapa dik sampai macam tu sekali.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media