Kekayaan Cecah AS$2 Bilion, Taylor Swift Pemuzik Wanita Terkaya Dunia

Business & FinanceMusic
5 Jun 2026 • 10:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kekayaan Cecah AS$2 Bilion, Taylor Swift Pemuzik Wanita Terkaya Dunia

Kekayaan Cecah AS$2 Bilion, Taylor Swift Pemuzik Wanita Terkaya Dunia

Muzik merupakan satu seni yang hidup, berkembang seiring masa dan sentiasa menjadi cerminan emosi serta budaya masyarakat dunia.

Dalam industri muzik global hari ini, nama-nama seperti Justin Bieber, The Weeknd, Adele dan Taylor Swift menjadi antara figura paling berpengaruh yang mencorakkan arus muzik moden. Setiap daripada mereka membawa identiti unik untuk menarik peminat di seantero dunia.

Pengaruh mereka bukan sekadar terhad kepada lagu-lagu hit, tetapi turut membentuk trend global, gaya hidup peminat dan evolusi industri muzik itu sendiri.

Karya-karya muzik yang dihasilkan juga memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka.

Nilai kekayaan bersih kini cecah AS$2 bilion

Baru-baru ini, Taylor Swift yang dikenali menerusi lagu-lagu popular seperti Shake It Off, Cardigan, Cruel Summer dan All Too Well dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bersih sekitar AS$2 bilion.

Menurut Forbes, penyanyi berusia 36 tahun itu menjadi bilionair pada Oktober 2023, didorong oleh pendapatan daripada royalti, jelajah konsert dan nilai katalog muziknya.

Tidak hanya itu, Taylor merupakan pemuzik pertama yang mampu mencapai status bilionair hanya dengan lagu-lagu dan persembahan beliau sendiri.

Menurut senarai Iconoclast 50 Forbes, kekayaan Taylor meningkat kepada AS$2 bilion menjelang Mac 2026, dua kali ganda berbanding ketika beliau pertama kali bergelar bilionair pada 2023.

Peningkatan itu didorong oleh kejayaan besar The Eras Tour yang berlangsung dari 2023 hingga 2024, jualan muzik serta peningkatan nilai katalog lagunya.

Image from: Kekayaan Cecah AS$2 Bilion, Taylor Swift Pemuzik Wanita Terkaya Dunia
Kredit: Instagram Taylor Swift

Menurut E News, nilai kewangan penyanyi itu terdiri daripada hampir AS$800 juta pendapatan daripada royalti dan jelajah konsert, katalog muzik yang dianggarkan bernilai AS$600 juta, serta AS$110 juta dalam hartanah.

Kukuhkan gelaran pemuzik wanita terkaya di dunia

Dengan nilai bersih baharu sebanyak AS$2 bilion, Taylor telah mengukuhkan lagi gelarannya sebagai pemuzik wanita terkaya di dunia.

Baca juga:

Bukan itu sahaja, beliau yang sebelum ini dinobatkan dengan gelaran tersebut selepas nilai bersihnya dilaporkan sebanyak AS$1.6 bilion pada Oktober 2024, mengatasi nilai kekayaan Rihanna.

Image from: Kekayaan Cecah AS$2 Bilion, Taylor Swift Pemuzik Wanita Terkaya Dunia
Kredit: Instagram Taylor Swift

Walaupun beliau kekal sebagai artis wanita terkaya, Taylor bukanlah pemuzik paling kaya secara keseluruhan.

Gelaran itu kini dipegang oleh Jay-Z, yang mempunyai nilai bersih sekitar AS$2.8 bilion menurut profil terkini Forbes. Namun begitu, pencapaian kewangan Taylor sememangnya sesuatu yang membanggakan.

View Original Article